Online Store

Semua produk frozen adalah PRE-ORDER.

Menu Harian : 2 Hari | Lauk Pantang : 1 Hari

PENYEDIAAN HIDANGAN :
1. Kaedah memasak hidangan frozen akan dilampirkan sekali bersama pesanan yang akan dihantar nanti.
2. Secara amnya ia sangat mudah, semua ramuan sudah lengkap, hanya perlu panaskan sekali sehingga protein empuk (15 minit jika sudah thaw/cair atau 30minit jika pek masih keras beku) tanpa perlu menambah apa-apa bahan lain.
3. Kacau setiap 5 minit supaya ramuan sekata dan tidak hangus.
3. Pelanggan boleh mengubahsuai hidangan seperti menambah perasa (gula/garam dan sebagainya) mengikut citarasa sendiri.

PENGHANTARAN : Semua pesanan yang mengandungi produk frozen akan menggunakan perkhidmatan runner Bungkusit. Kos penghantaran akan kami semak dan maklumkan menerusi WhatsaApp selepas mendapat pesanan dan alamat penuh pelanggan. Pelanggan boleh juga menyemak sendiri anggaran kos penghantaran dengan menggunakan applikasi mobile Android/iOs : Bungkusit. Kos Bungkusit bermula dari RM7 dan akan meningkat setiap kilometer.



Pengenalan


Pengenalan 


  • Foodzyla Kitchen (FZK) adalah syarikat yang menawarkan khidmat penyediaan dan penghantaran sajian makanan yang sihat, bersih dan selamat untuk semua golongan masyarakat. FZK diuruskan oleh Pn Norshazila pemilik Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan (Kepujian) UiTM.
  • Pada masa kini, sudah menjadi keperluan untuk kaum wanita keluar bekerja dan Foodzyla Kitchen berperanan membantu memudahkan para ibu dan bapa dalam pengurusan penyediaan makanan terhadap anak-anak dan keluarga bagi memastikan mereka mendapat makanan yang berkhasiat meskipun didalam keadaan sibuk bekerja.
  • Foodzyla Kitchen turut menjadi alternatif kepada mereka yang sibuk bekerja untuk menjimatkan masa dan tenaga bagi menyediakan makanan makan tengahari dan makan malam sama ada di pejabat ataupun tempat bekerja.
  • Foodzyla Kitchen ada menyediakan makanan khas bagi mereka yang memerlukan seperti ibu bersalin, orang sakit, orang yang baru menjalani pembedahan, kanak-kanak berkhatan, warga emas dan lain lain.
  •  Penyediaan makanan oleh Foodzyla Kitchen tidak mengandungi perasa tambahan seperti ajinamoto dan sebagainya.
  •  Pihak Foodzyla Kitchen amat mengalu-ngalukan komen atau cadangan daripada pelanggan di mana pihak kami menyediakan ‘feedback form’ ketika penghantaran makanan dibuat. Feedback form tersebut akan diberikan pada pelanggan setiap kali penghantaran dibuat.




Misi


  1. Menyediakan kemudahan perkhidmatan makanan bersih,sihat dan selamat untuk semua golongan masyarakat.
  2. Membantu memudahkan ibubapa yang bekerja menyediakan makanan sihat kepada keluarga.
  3. Membantu menjimatkan masa dan tenaga bagi mereka yang bekerja dan juga boleh menikmati hidangan bersih dan sihat seperti penyediaan makanan di rumah sendiri.
Logo





No comments:

Post a Comment