Online Store

Semua produk frozen adalah PRE-ORDER.

Menu Harian : 2 Hari | Lauk Pantang : 1 Hari

PENYEDIAAN HIDANGAN :
1. Kaedah memasak hidangan frozen akan dilampirkan sekali bersama pesanan yang akan dihantar nanti.
2. Secara amnya ia sangat mudah, semua ramuan sudah lengkap, hanya perlu panaskan sekali sehingga protein empuk (15 minit jika sudah thaw/cair atau 30minit jika pek masih keras beku) tanpa perlu menambah apa-apa bahan lain.
3. Kacau setiap 5 minit supaya ramuan sekata dan tidak hangus.
3. Pelanggan boleh mengubahsuai hidangan seperti menambah perasa (gula/garam dan sebagainya) mengikut citarasa sendiri.

PENGHANTARAN : Semua pesanan yang mengandungi produk frozen akan menggunakan perkhidmatan runner Bungkusit. Kos penghantaran akan kami semak dan maklumkan menerusi WhatsaApp selepas mendapat pesanan dan alamat penuh pelanggan. Pelanggan boleh juga menyemak sendiri anggaran kos penghantaran dengan menggunakan applikasi mobile Android/iOs : Bungkusit. Kos Bungkusit bermula dari RM7 dan akan meningkat setiap kilometer.



Friday, 21 April 2017

Siapa Kata Keguguran Tidak Perlu Berpantang. Ini Perkara Yang Wajib Di Ambil Perhatian!


Oleh: WAN ERNI LIZA

Proses berpantang dilakukan mengikut budaya dan adat resam kaum masing-masing. Bergantung pada usia kandungan ketika keguguran berlaku. Sekiranya kandungan ketika itu berusia lebih daripada 22 minggu, anda disarankan untuk berpantang seperti wanita bersalin. Lazimnya berpantang akan mengambil kira faktor pemakanan, rehat dan pemulihan tubuh badan. Jika mengikut petua orang tua-tua, ada bermacam pantang larang termasuk bab pemakanan dan aktiviti seharian. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang.
1.    Pakai pakaian tebal untuk mengelakkan angin masuk.
2.    Ikat tocang rambut ketat-ketat.
3.    Bertungku seluruh badan setiap hari terutamanya selepas mandi.
4.    Urut seluruh badan dengan minyak herba..
5.    Mandi herba membantu memberikan kesan aromaterapi yang menenangkan.
6.    Elakkan duduk bawah kipas atau dalam bilik berpendingin hawa.
7.    Jika selalu rasa sakit kepala dan pening, boleh memakai pilis pada dahi.
8.    Rehat dan tidur secukupnya.
9.    Elakkan memakan makanan yang gatal, berangin dan makanan laut yang berbisa.
10.    Amalkan pemakanan seimbang.
Sumber Dari >> Majalah Pa&Ma

    Bagaimana nak mendapatkan Makanan Pantang?? Foodzyla ada menyediakan makanan ibu berpantang untuk anda.    



No comments:

Post a Comment